Junta Myanmar menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas anggota parti Aung San Suu Kyi dan seorang aktivis demokrasi terkemuka atas kesalahan keganasan.
Lapor AFP, kedua-dua individu tersebut disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan aktiviti pengganas sekali gus menyaksikan pelaksanaan hukuman mati pertama sejak 1990.